Wednesday 8 January 2014

Pengenalan Diri

Nama:
Suhaila Hanim

Pendidikan:
Chartered Institute of Marketing (CIM) - Advance Certificate in Sales, Certificate in Marketing 

Pengalaman Kerja:

Berbekalkan pendidikan yang ada pada diri, bidang kerja yang dipilih juga berkaitan pemasaran dan jualan.
  • Eksekutif Jualan Iklan di Kumpulan Krangkraf Sdn Bhd (2001 - 2010). 
  • Eksekutif Pemasaran/Jualan di Nationwide Freight Forwarders Sdn Bhd (1999 - 2001)
  • Menyalurkan bahan tulisan untuk majalah Libur (5 isu - Dis '12, Jan - April '13).

Pengalaman bisnes:
Tiada pengalaman berbisnes secara sendirian. Hanya membantu rakan atau JV (joint venture) menjayakan bisnes sewaktu belajar di universiti seperti gerai jualan bunga sewaktu konvokesyen, bazaar ramadhan (gerai minuman dan makanan).

Minat, kemahiran dan kepakaran:
Sedari dahulu, saya memang suka peluang untuk berkenalan dengan orang baru sekaligus mendapat kenalan/kawan baru (meeting new people and making new friends). Juga suka travel (walau tak sekerap/sebanyak harapan). Sejak menjadi surirumah, suka mencuba resepi baru atau masakan yg dahulu biasanya dibeli buat santapan keluarga terutamanya anak-anak. Berdasarkan pengalaman, sememangnya kemahiran dan kepakaran lebih ke arah sales/ marketing dan juga PR. Pun begitu, tidak pernah merasakan diri sudah pakar dalam bidang-bidang ini kerana masih banyak yang boleh dipelajari.

Buku dan jenis bahan bacaan yang digemari:
Lebih tertarik kepada bahan bacaan yang berbentuk motivasi tidak kira untuk diri, kewangan dan sebagainya. 'Quotes' juga antara bentuk bacaan yang disukai dan dicari.

Url/ blog : 
Mulai berjinak-jinak dengan dunia blog: suhailahanim@blogspot.com

Matlamat menyertai kelas blog penulisan, blog bisnes dan fanpage:
Penyertaan di dalam kelas ini lebih didorong oleh keinginan membina sebuah blog yang akan digunakan untuk penulisan/coretan buat kenangan pada masa hadapan dan juga untuk tatapan anak-anak. Harapan saya dengan adanya sebuah blog, cara penulisan dapat digilap dan secara tidak langsung dapat memungkinkan peluang-peluang lain. Dengan adanya blog dan follower, sekiranya di masa akan datang timbul minat untuk berbisnes ia akan menjadi salah satu platform terbaik mengembangkan bisnes. Semoga paparan di dalam blog sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pengunjung.

No comments:

Post a Comment